Saya Jumpa Najib Bincang Isu Semasa Untuk Negara, Kata Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang pelbagai isu semasa.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, sebagai seseorang yang berpegang teguh kepada prinsip bipartisan beliau percaya perbincangan untuk demi kepentingan negara itu perlu dibudayakan.

“Saya dan MUDA percaya perbincangan dengan Ahli Dewan Rakyat dari mana-mana parti adalah sebahagian daripada tugas politik.

“Ketepikan ego politik dan cari jalan terbaik untuk negara,” katanya dalam hantaran di Instagram hari ini.

Kunjungan Syed Saddiq itu bagaimanapun mendapat kritikan warga net kerana sebelum ini beliau dikatakan antara ahli politik yang lantang menggelarkan Najib sebagai kleptokrat.

Manakala bagi kumpulan yang tidak menyokong bekas Perdana Menteri itu pula mempertikaikan niatnya untuk mendapatkan pandangan daripada seseorang yang dituduh melakukan rasuah dan mempunyai kes di mahkamah.

Di Facebook Najib pula, Ahli Parlimen Pekan itu tidak menceritakan secara terperinci mengenai pertemuan beliau bersama Syed Saddiq yang turut disertai oleh anaknya Noorashman Najib.

“Ada tetamu datang rumah hari ini. Bertukar pandangan. Bincang dan Nasihat,” katanya ringkas. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat