Rosni Peserta AIM Berjaya Buka Dua Jenis Perniagaan

- Advertisement -

Semporna: Sebelum ini, surirumah yang kami temui ini tidak mempunyai pendapatan sendiri dan hanya bergantung kepada gaji suami sebagai guru sandaran yang tidak seberapa.

Namun tekad dan usaha telah mengubah kehidupan beliau dan keluarga.

Hasil kerja keras selama 20 tahun dalam dunia perniagaan, ibu empat anak ini juga kini mempunyai beberapa perniagaan membabitkan restoran, salon rambut, kantin sekolah dan projek kecil kerajaan.

Kejayaan Rosmi Habil, 43, dari Kampung Sg. Tohok, di sini bermula dengan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada tahun 2001 lalu untuk membuka sebuah kedai runcit kecil di hadapan rumahnya.

Bermula dari situ, ibu empat anak ini mengorak langkah lebih jauh dalam dunia perniagaan bagi memastikan penat lelahnya tidak sia-sia dan semuanya berbaloi apabila beliau kini mampu meraih pendapatan bersih lima angka sebulan.

“Saya memang minat berniaga dan selepas melahirkan anak pertama tahun 2021 lalu saya mula berfikir bagaimana untuk menjana pendapatan lebih kerana tidak mahu membebankan suami ketika itu.

“Tahun yang sama saya buat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM900 untuk buka kedai runcit kecil dan bermula dari situ saya mula menyimpan duit sebagai modal persediaan bagi menceburi bidang perniagaan lainnya.

“Alhamdulillah, di bawah syarikat saya, Cahaya Enterprise, saya mula fokus projek-projek kecil kerajaan dan pada masa sama turut buka salon rambut Indding Beauty Salon dan Spa tahun 2012 lalu yang masih beroperasi sehingga kini.

“Saya juga menceburi bidang penyediaan makanan di kantin sekolah termasuk membuka restoran Rose Cafe dua tahun lalu kerana ingin mempelbagai perniagaan saya.” katanya ketika ditemui di Rose Cafe di Bandar Semporna, di sini.

Rosmi kanan sedang memantau kualiti rambut salah seorang pelanggan di Indding Beauty Salon dan<br >Spa

Rosmi turut berkongsi rahsia kejayaannya dan pengalaman berhadapan pelbagai cabaran dalam dunia perniagaan yang bagi beliau jika tidak kuat semangat akan cepat putus asa dan seterusnya gagal.

Bagi anak ketiga daripada tujuh beradik ini, semangat yang kuat, komited dan disiplin dalam apa juga pekerjaan dilaksanakan memainkan peranan penting sekiranya mahu berjaya dalam perniagaan.

“Rahsianya mudah saja, komitmen dan disiplin amat penting dan paling utama adalah tawakal selepas kita berusaha serta sentiasa bersedekah yang merupakan kunci kejayaan setiap insan.

“Justeru, semua elemen kejayaan ini saya terapkan sepanjang masa termasuk komitmen saya dalam AIM yang telah banyak membantu selama ini sehingga saya boleh berjaya seperti hari ini.” katanya yang amat menghargai bantuan AIM selama ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat