Mahathir Dakwa Tommy Thomas Tidak Berat Sebelah Semasa Dilantik Jadi Peguam Negara

- Advertisement -

PETALING JAYA – Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara semasa kerajaan Pakatan Harapan kerana beliau dikenali “tidak berat sebelah” dan patuh “kedaulatan undang-undang”, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, ia adalah sebelum memoir kontroversi Thomas diterbitkan yang menyaksikan beliau disiasat kerana menghasut dan beberapa kesalahan lain.

“Selepas beliau menulis buku itu, beliau mula menyuarakan pendapatnya. Tetapi pelantikannya dibuat sebelum beliau menulis buku berkenaan,” kata Mahathir dalam temu bual dengan The Star.

“Kami tahu pada masa itu bahawa beliau seorang peguam yang berpegang kepada kedaulatan undang-undang. Jadi, beliau dilantik kerana dikenali untuk hal itu.

“Beliau tidak berat sebelah memihak kepada kerajaan. Malah, beliau sangat mengkritik saya semasa saya menjadi perdana menteri. Beliau tidak berat sebelah, sebab itu beliau dilantik.

“Jika saya terpaksa melakukannya sekali lagi, saya akan melantik seseorang yang tidak berat sebelah,” katanya.

Thomas dilantik sebagai peguam negara oleh Mahathir ketika PH berkuasa pada 2018 tetapi meletak jawatan selepas gabungan itu tumbang pada Februari 2020.

Bukunya, “My Story: Justice in the Wilderness”, diterbitkan pada Januari tahun lalu. Pasukan petugas itu mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama, iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional serta kenyataan berbaur hasutan.

Salah satu penemuan pasukan petugas yang didedahkan ialah Thomas, sebagai peguam negara, mahu perdana menteri Mahathir ketika itu “melakukan arahannya dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang” dalam melantik tiga peguam sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

Laporan pasukan petugas itu juga mengatakan Thomas mempunyai “kepentingan yang kuat” dalam pelantikan hakim, dan tindakannya untuk mendekati Mahathir adalah “percubaan untuk menggunakan pengaruh politik atau eksekutif” untuk melihat cadangan pelantikan itu dilaksanakan.

Dalam wawancaranya dengan The Star, Mahathir menyangkal dakwaan dalam memoir Thomas bahawa kerajaan Melayu akan menjadi tidak cekap.

Mahathir berkata Malaysia telah merdeka selama lebih 65 tahun dan kerajaannya telah “didominasi oleh orang Melayu” bagi sebahagian besar dari tempoh itu.

“Ia (Malaysia) menjadi ‘Harimau Asia’ dan menjadi antara negara berprestasi terbaik dari semua bekas jajahan British.

“Jadi, anda tidak boleh menyalahkan orang Melayu kerana tadbir urus yang buruk kerana mereka membangunkan negara ini sedangkan British tidak melakukannya. Pada zaman British, Malaysia sangat miskin. Ia hanya membangun selepas merdeka,” kata Mahathir. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat