Debat bukan budaya kita, tak ada faedah -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Cadangan debat antara calon Perdana Menteri ketika pilihan raya umum (PRU) bukan budaya negara ini dan tidak pernah dilakukan sepanjang pilihan raya berlangsung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berdebat seumpama itu tidak mendatangkan apa-apa hasil dan hanya menjadi sekadar platform antara pendebat terlibat untuk menaburkan janji-janji mereka.

“(Berdebat) bukan budaya kita, ia tidak mendatangkan apa-apa hasil.

“Kalau diberikan (peluang) berdebat, dia (pendebat) akan sebut janjinya, bulan bintang akan disebut, jadi tidak perlu (berdebat),” katanya lapor Utusan pada Selasa.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan tiga calon Perdana Menteri dari PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan debat secara terbuka sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Anwar berkata, perbahasan tersebut perlu memberi tumpuan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.

Ismail Sabri berkata, pembentukan kerajaan adalah berdasarkan kepercayaan rakyat, justeru langkah berdebat adalah tidak perlu.

“Saya rasa tak perlu ada debat, kita sibuk di kawasan kita, kawasan masing-masing untuk kempen,” katanya.

Mengulas kajian PKR mengatakan BN sukar menang PRU15, Ismail Sabri berkata, pihaknya juga meramalkan parti itu juga sukar untuk menang.

“Sama dengan kita, maka sukar mereka (PKR) menang pilihan raya. Semua masuk pilihan raya, semua yakin menang.

“Kalau semua tak yakin menang, semua tak perlu bertanding. Jadi masing-masing cakap menang, GTA Tun Dr Mahathir cakap boleh menang, PH dan Perikatan Nasional pun cakap boleh menang. Oleh itu kita perlu ada pilihan raya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat