Guna logo berbeza anasir ‘senyap’ kerajaan cacamarba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penggunaan logo berlainan didakwa menjadi anasir ‘senyap’ yang membawa kepada pembentukan kerajaan tidak stabil dan cacamarba.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan logo berbeza memberi mesej jelas bahawa mereka ini sanggup ‘tidur sebantal’ demi merebut kuasa, tetapi ‘mimpi lain-lain’.

Menurut beliau, mereka tidak boleh bersepakat dan bersama sesama mereka walaupun pada perkara asas iaitu penggunaan logo.

“Jelas memberi mesej mereka ini sanggup `tidur sebantal’ demi merebut kuasa, tetapi `mimpi adalah lain-lain’.

“Inilah antara anasir `senyap’ yang membawa kepada pembentukan kerajaan tidak stabil dan cacamarba,” kata Zahid dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, parti komponen gabungan lain masih berkira-kira tentang logo akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“DAP tidak mahu menggunakan lambang Pakatan Harapan (PH) di kawasan tertentu sebaliknya mahu menggunakan logo roket.

“Pemimpin PAS mahu gunakan logo bulan di negeri dikuasainya walau telah ‘mengikrarkan kesetiaan’ kepada Perikatan Nasional (PN).

“Tentu ramai masih ingat PKR walaupun parti komponen PH menggunakan logo sendiri dalam PRN sebelum ini.

“Pada akhirnya yang menjadi mangsa kepada ketidakstabilan ini adalah rakyat dan negara,” bidas Zahid.

Beliau berkata, bagi BN logo dacing berwarna putih dan berlatar belakangkan warna nilakandi lambang gabungan ini sejak dulu hingga kini.

“Lambang sebuah kerjasama dan kebersamaan setiap komponen parti politik yang bernaung di bawahnya.

“Neraca perikatan dan kesepakatan bergandingan bahu membawa kestabilan dan kemakmuran.

“Rakyat wajar menilai perbezaan ini dalam membuat penentuan yang amat penting kepada Malaysia pada PRU15. Yakini BN satu-satunya gabungan politik menawarkan sebuah kemuafakatan serta perpaduan yang jujur dan ikhlas.

“Dunia telah diramalkan bakal berdepan kemeseletan ekonomi global pada tahun depan. Negara kita perlu berada dalam posisi paling kukuh dan stabil untuk mendepaninya,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat