MCMC alat untuk keselamatan rakyat bukan sekat kebebasan bersuara

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) adalam satu platform penting untuk kerajaan menyelia operasi media sosial di negara ini bagi menjamin keselamatan rakyat dalam dunia digital.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak menggunakan MCMC sebagai alat politik untuk menyekat kebebasan bersuara sesiapa pun terutamanya melalui media sosial.

“MCMC adalah alat untuk rakyat, mereka ada mengadu tentang buli siber, tentang sebaran gambar intim, tentang scam dan banyak lagi… jadi, sebaik mana rakyat mahukan perkhidmatan MCMC maka berkhidmatlah MCMC ini,” katanya ketika
ketika tampil dalam siaran podcast The Tiger Show diterajui oleh Amin Iskandar semalam.

Fahmi berkata banyak pihak salahm faham tentang tindakan menurunkan kandungan di platform media sosial seperti Facebook mendakwa Menteri yang buat keputusan, sebenarnya ia adalah tindakan penyedia platform berkenaan.

Menurut beliau, apa sahaja laporan yang diterima MCMC akan dipanjangkan kepada platform untuk tindakan seterusnya di bawah Garis Panduan Komuniti Media Sosial berkaitan serta berlandaskan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Contohnya kalau saya mengadu kepada MCMC, saya buat aduan sendiri, belum tentu kandungan itu diturunkan, yang menurunkan kandungan tu adalah Facebook, TikTok sekiranya mereka review dan bersetuju sesuatu kandungan itu melanggar undang-undang.

“Sebab itu, katakanlah sekarang MCMC hantar hampir setengah juta permintaan untuk turunkan kandungan, mungkin daripada keseluruhan jumlah itu hanya 90 peratus sahaja yang diturunkan kerana ini tindakan penyedia platform, bukan diputuskan MCMC,” katanya.

Fahmi berkata semua penyedia platform di negara ini memberikan kerjasama kepada kerajaan khususnya dalam menangani kandungan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan raja (3R).

“Namun macam benda satira, yang mengejek dan sebagainya, biasanya platform akan kata ia merupakan kandungan yang tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Podcast The Tiger Show sentiasa membahaskan isu semasa, politik tanah air, dasar kerajaan, geopolitik, ekonomi, serta seni dan budaya dengan mendalam tanpa tapisan.

Ia boleh ditonton dan diikuti secara langsung menerusi saluran Youtube The Tiger Show serta platform penstriman audio seperti Spotify.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat