PAS Terus Usahakan Kerjasama Dengan UMNO – Sumber

- Advertisement -

CYBERJAYA – Biarpun pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini dikatakan gagal mencapai kata sepakat, namun usaha untuk kerjasama kedua parti terbesar orang Melayu itu tetap diteruskan.

Sumber dalaman PAS memberitahu SuaraTV, parti itu telah melantik Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hasan untuk berunding dengan wakil dari Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan kerjasama atau Ta’awun.

Difahamkan Takiyuddin dilantik mewakili PAS untuk berunding dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kader untuk memastikan kerjasama itu dapat dicapai sebelum atau ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“PAS telah mengadakan mesyuarat selepas sahaja pertemuan antara tok guru dan Zahid baru-baru ini dan kata putus dicapai untuk meneruskan usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO dan BN.

“Takiyuddin diarahkan untuk terus mengadakan rundingan dengan Zambry untuk memastikan usaha kerjasama dengan UMNO dapat diteruskan.

“Sebab itu ada dikeluarkan kenyataan baru-baru ini bahawa BN bukan musuh PAS, itu signalnya bahawa kerjasama yang terbantut seketika itu mahu diteruskan,” kata sumber tersebut.

Pendirian PAS berhubung kerjasama dengan BN dilihat berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin pada majlis sambutan ulangtahun keenam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam menegaskan bahawa BN adalah musuh PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Dalam ucapannya Muhyiddin menjelaskan semua parti komponen PN yang terdiri dari BERSATU, PAS, Gerakan, Gerakan, Star dan SAP tidak sepatutnya membuat kenyataan atau menyatakan pendirian yang bertentangan antara satu sama lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat