Awas Kabinet Dikelilingi Musuh Dalam Selimut, Berdepan Risiko Sabotaj

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengisytiharan Perikatan Nasional (PN) bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mendedahkan risiko sabotaj dalam Kabinet hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli-ahli Parlimen khususnya BN dan Jemaah Menteri bahawa mereka kini dikelilingi musuh dalam selimut dalam pentadbiran.

“Ahli-ahli Parlimen selain Bersatu khususnya BN yang berada dalam Kabinet perlu memahami realiti bahawa mereka sedang dikelilingi oleh musuh dalam selimut.

“Selagi mana mereka mempertahankan komposisi Kabinet sedia ada bersama Bersatu, selagi itu kerajaan campuran yang mereka ‘pikul’ terdedah kepada risiko sabotaj,” tegas Zahid memberi ingatan.

Bahkan katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi PN selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah pun memulakan gerakan melampaui batas ‘menyerang’ Perdana Menteri.

Menurut Zahid, tindakannya boleh memberi implikasi negatif kepada negara kerana Pengerusi MPN sendiri menggambarkan kerajaan yang dianggotainya sebagai lemah dan gagal.

“Dengan demikian para pelabur asing akan melihat Malaysia bukan sebuah destinasi yang stabil dan kukuh untuk mereka membuat pelaburan.

“Sekali gus menyulitkan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi Malaysia termasuk nilai mata wang yang kini berada paras menggusarkan.

“Lambat laun pasaran saham akan turut merudum apabila pelabur asing menjual saham tempatan untuk melabur di tempat lain,” ujar Zahid lagi.

Presiden Umno itu juga menyatakan, tidak pasti sama ada tindakannya itu satu lagi bentuk ugutan kepada Perdana Menteri atau sememangnya beliau sudah tidak mampu menyembunyikan muslihatnya.

Jelas beliau untuk menangani risiko di depan mata maka kerajaan yang stabil perlu segera dibentuk dengan memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang kukuh.

“Justeru itu ayuh semua kita segerakan PRU-15 sebelum musim hujan, sebelum negara berdepan dengan lebih banyak kerosakan angkara kerakusan politik musuh rakyat,” seru Zahid.

Beliau malah mengingatkan Muhyiddin selaku Pengerusi PN tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan BN musuh utama PN.

Menurut Zahid, pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan PRU-15 yang dijangkakan tidak lama lagi.

“Rakyat sudah lama tahu Bersatu yang dipimpinnya sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN.

“Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri.

“Perlu difahami permulaan penubuhan Bersatu dengan ‘misi’ untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya Umno,” katanya.

Tambah beliau, selepas gagal, Bersatu mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin Umno yang pernah mereka zalimi.

“Juga dengan sasaran BN akan berada di bawah telunjuk Bersatu bagi diperkudakan untuk kepentingan politik mereka melalui perancangan ‘scheme of things’.

“Mujur sebahagian besar pimpinan BN termasuk Presiden Umno dapat menghidu muslihat tersebut walaupun tidak dinafikan ada juga segelintir yang terpedaya.

“Sebab itu kita tidak berasa pelik bukan PH diumumkan musuh utama PN walaupun Muhyiddin pernah menyebut PH tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia,” bidas Zahid.

Ujarnya lagi mungkin Muhyiddin masih berharap membawa PN bekerjasama dengan PH yang tidak selari dengan perjuangan Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.

“Barangkali juga satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Muhyiddin tersebut adalah pimpinan tertinggi PAS.

“Maka dengan pengumuman Muhyiddin bahawa BN musuh utama PN seharusnya membuka mata dan minda yang pernah terpedaya untuk melihat kebenaran,” kata Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat