30,679 ekspatriat profesional warga China kerja di Malaysia

KUALA LUMPUR – Seramai 30,679 warga China kini berdaftar sebagai ekspatriat profesional di Malaysia setakat 15 Ogos lalu, menurut data Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Daripada jumlah itu, sektor pembinaan mencatat angka tertinggi iaitu 10,825 orang, diikuti perkilangan (6,407), perkhidmatan (5,385), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (4,477) serta lain-lain sektor (3,585).

Menurut KDN kehadiran tenaga kerja warga China di Malaysia tertumpu dalam sektor profesional serta projek berskala besar yang memerlukan kepakaran teknikal, bukan dalam kategori pekerja asing tidak mahir.

Baru-baru ini, Menteri Da­lam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengambilan pekerja asing ti­dak mahir hanya dibenarkan dari 15 negara sumber rasmi, dan China bukan salah satu daripadanya.

“Keberadaan tenaga kerja warga China di Malaysia pada masa ini berdasarkan dalam sektor tidak terlatih adalah khusus bagi projek kerajaan yang berimpak tinggi terma­suklah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),” katanya.

Mengulas mengenai isu keberadaan warga China di negara ini, Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC)-UIAM, Dr. Ahmad El-Muhammady menyifatkan­ ang­­ka 10,825 warga China dalam sektor pembinaan sebagai agak tinggi dan berpotensi menimbulkan implikasi kese­lamatan dalam jangka pendek serta panjang.

“Keputusan kerajaan untuk membenarkan kemasukan warga China itu pastinya ada asas-asas tertentu, misalnya untuk membina prasarana dan memenuhi keperluan pembinaan projek besar dan memerlukan tenaga kerja mahir dalam jangka masa yang cepat.

“Namun, sejauh mana kerajaan boleh pastikan kemudahan ini tidak disalah guna. Saya fikir kerajaan perlu kaji dengan teliti dan memberi fokus yang serius melihat isu ini,” lapor Utusan.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah, Pusat Kajian Keamanan, Dialog dan Xenofobia (PEDIXS), Abdul Hamid Abu Sulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHAS), IIUM itu turut meminta kerajaan memberikan fokus utama dalam aspek pemantauan, bukan sekadar mewujudkan polisi.

“Tambahan pula banyak kes rasuah berlaku dalam isu seperti ini. Fokus juga perlu dibuat daripada aspek jenayah terancang yang selalu mencari peluang untuk eksploitasi kelemahan sistem sedia ada,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat