Rafizi sedia jumpa Farhash di mahkamah

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Datuk Farhash Wafa Salvador mengemukakan surat “cease dan desist” itu membuat tuntutan supaya Datuk Seri Rafizi Ramli berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, berhubung satu kenyataan ahli Parlimen Pandan itu yang mengesahkan pemberi maklumat adalah berkaitan urus niaga syarikat yang berkaitan beliau.

Rafizi bagaimanapun memilih untuk mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah.

“Saya mengesahkan telah menerima satu surat dari Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili Datuk Wira Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 22 Ogos 2025.

“Surat “cease dan desist” itu membuat tuntutan supaya saya berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, berhubung satu kenyataan saya
yang mengesahkan pemberi maklumat adalah berkaitan urusniaga syarikat yang berkaitan beliau.

“Kenyataan saya itu adalah satu penyataan fakta. Oleh itu, saya bersedia mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah,” tegas bekas Menteri Ekonomi pada Isnin.

Menurut bekas Timbalan Presiden PKR itu beliau telah menyerahkan perkara ini untuk tindakan selanjutnya kepada peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri.

“Saya berpandangan sekiranya Farhash memfailkan saman di mahkamah kelak, ia akan menjadi kes berkepentingan awam dan peguam-peguam saya berpeluang menanyakan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak selama ini,” katanya.

Rafizi sebelum ini menyangkal cubaan jahat mengalihkan perhatian kononnya serangan ke atas anak lelaki tunggalnya terkait dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya Rafizi mengesahkan seminggu sebelum serangan, beliau ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urus niaga syarikat-syarikatnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat