Harga Tiket Final Piala FA Kekal Seperti Tahun Lalu – MFL

- Advertisement -

PETALING JAYA – Harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 kekal seperti final tahun lalu, umum Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, harga tiket bermula dengan kemasukan umum RM50 dan RM70, manakala ‘premium Grandstand’ RM150.

Selain itu, badan pengendali liga berkenaan turut memperkenalkan satu lagi kategori baharu iaitu `VIP Grandstand’ berharga RM200.

“MFL sudah menetapkan empat ‘tier’ harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 2022 di mana MFL masih mengekalkan harga kemasukan umum RM50 dan RM70 serta `premium Grandstand’ RM150 meskipun saban tahun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran.

“Bagaimanapun bagi kali ini, MFL memperkenalkan tiket VIP Grandstand yang berharga RM200. Empat ‘tier’ tiket ini bagi memberi lebih pilihan kepada penyokong untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan final itu nanti,” kata MFL dalam satu kenyataan hari ini.

MFL turut mengumumkan 78,000 tiket final Piala FA 2022 akan dijual, namun bagaimana tiket dijual serta diagihkan kepada penyokong terpulang kepada pasukan bertanding.

“Ini adalah bagi memastikan tiket yang dijual dapat dibeli oleh penyokong pasukan finalis secara sama rata dan adil. Maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak TFC (Terengganu FC) dan JDT (Johor Darul Ta’zim) dalam masa terdekat,” katanya.

Tiket perlawanan akhir Piala FA kali ini dijangka laris kerana menemukan dua gergasi bola sepak tanah air, JDT dan Terengganu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 September. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat