Aman politiknya, pembangkang tak akan sulitkan undi percaya PM – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya senang dengan budaya politik harmoni dan damai yang dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berjanji tidak akan mempersulitkan perjalanan undi percaya di Parlimen memandangkan Ismail Sabri bersifat terbuka dengan blok pembangkang.

Ketika ditemui media di luar Bangunan Perdana Putra petang ini Anwar ketika ditanya sekiranya ada undi Parlimen terhadap keabsahan Perdana Menteri apakah posisi PH?

“Kita beritahu kalau suasana begini dan program-program itu agak pro rakyat kita tidak akan mempersulitkan (undi percaya).

“Aman politiknya,” ujar Anwar.

Sempat berkongsi jenakanya dengan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO itu berkenaan pendirian tegas parti iaitu “No Anwar, No DAP”.

Anwar berkata, “jadi saya bergurau dengan dia (Ismail Sabri) “No Anwar, No DAP” ini nampak dah berubah, dia kata ini kerana semangat titah Yang-di Pertuan Agong untuk kerjasama.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sebab Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini mewakili UMNO dan dia bincang dengan Anwar dan DAP.

“Kita (PH) dijemput oleh Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan lebih satu jam, nanti kita akan keluarkan kenyataan bersama.

“Kita anggap itu permulaan yang baik untuk menangani permasalahan COVID-19 yang lebih berkesan, program-program pro-rakyat yang lebih menyentuh permasalahan golongan miskin dan kehilangan pekerjaan itu kita tekankan sebagai perkara asas,” katanya.

Anwar juga memberitahu pertemuan mesra kerajaan dan pembangkang ini dilihat untuk mententeramkan dan mengurangkan suhu politik.

“Kita beri jaminan kalau program pro rakyat, pengawalan COVID-19 ini lebih berkesan ini tidak ada masalah untuk kita menjamin supaya keadaan itu lebih terkawal.

“Guan Eng kemukakan beberapa isu ekonomi termasuk moratarium bank yang kita bangkitkan berulang kali, Mohamad Sabu bangkitkan soal kesan barah COVID-19 di beberapa kawasan,” ujarnya.

Mengulas pertemuan itu lagi, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan bahawa kedatangan beliau dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Presiden Amanah, Mohamad Sabu ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) bukanlah dengan hasrat menagih jawatan.

Sebelum ini dilaporkan mengenai tawaran jawatan untuk ketua pembangkang dalam Kabinet, Anwar menyatakan perkara itu tidak berbangkit sama sekali.

“…tidak berbangkit dan saya pun tidak berminat, saya tidak mahu perkara itu dijadikan isu.

“Daripada awal kita kata, kita tidak datang untuk meminta jawatan untuk kita.

“Sebaliknya isu kita khusus soal ekonomi rakyat dan COVID-19 yang akan ada mesyuarat susulan peringkat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh wakil-wakil kita untuk mencerakin apa yang boleh dipersetujui dan langkah-langkah harus diambil supaya keadaan kedudukan Perdana Menteri dan kedudukan negara lebih terkawal,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat