Debaran Kabinet Makin Memuncak

- Advertisement -

SHAH ALAM – Cakap-cakap mengenai pembentukan kabinet semakin hangat hari ini dalam kalangan parti-parti politik yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Ini kerana pada kebiasaannya seseorang Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada setiap Rabu.

Jangkaan pihak-pihak tertentu ialah Ismail Sabri akan membentangkan perkembangan semasa dalam negara terutama isu-isu berkaitan Covid-19.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan beliau akan menggunakan peluang tersebut untuk membincangkan tentang pelantikan beberapa menteri penting bagi membantu melancarkan urusan pentadbiran negara.

Sinar Harian difahamkan, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berada di Pahang pada Rabu dan tidak dapat dipastikan sama ada Ismail Sabri akan bertemu secara bersemuka atau dalam talian.

Sementara itu, mengenai pembentukan kabinet, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan Ismail Sabri telah memanggil beliau untuk berbincang tentang penglibatan pemimpin Sabah mengenai perkara tersebut dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, perbincangan itu dijadualkan berlangsung dalam tempoh sehari dua ini.

“Insya-ALLAH beliau (Ismail Sabri) akan memanggil saya satu atau dua hari ini untuk kita berbincang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Ismail Sabri telah membuat perbincangan mengenai pembentukan kabinet dengan dirinya selaku pemimpin Sabah

– Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat