162 Delegasi Sertai Paralimpik Tokyo

- Advertisement -

TOKYO: Sebanyak 162 delegasi menyertai upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo di Stadium Olimpik pada Selasa malam, menurut pihak penganjur.

Tokyo 2020 dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah perwakilan kali ini melebihi penyertaan pada Olimpik Rio 2016, iaitu sebanyak 159, lapor Xinhua.

Pasukan Paralimpik Pelarian mengambil bahagian buat kali kedua, manakala lima lagi negara membuat penampilan sulung iaitu Bhutan, Grenada, Maldives, Paraguay, St Vincent serta Grenadines.

Paralimpik London 2012 mengekalkan rekod penyertaan tertinggi setakat ini iaitu 164 delegasi.

Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Andrew Parsons berpuas hati dengan maklum balas positif mengenai kejohanan itu yang diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

“Saya mengalu-alukan penyertaan 162 delegasi di Tokyo. Pujian wajar diberikan kepada Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) masing-masing yang bertungkus lumus mempersiapkan atlet mereka,” katanya.

Sementara itu, 21 negara dan wilayah tidak dapat bertanding kali ini disebabkan isu perjalanan dan beberapa masalah lain.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat