CBP Umum Pembayaran Dividen Sebanyak RM58.3 Juta Bagi 2020

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2020 yang berjumlah RM58.3 juta dan merupakan jumlah yang tertinggi dalam sejarah penubuhan CBP sejak dari tahun 1950.

Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, prestasi baik ini didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh Pengurusan CBP terutamanya semasa mendepani suasana pertumbuhan perniagaan yang agak perlahan dalam tempoh pandemic Covid-19.

Jelasnya untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, Co-opbank Pertama (CBP) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM85.7 juta iaitu peningkatan sebanyak 15.9% dari tahun 2019 yang berjumlah RM73.9 juta.

“Bagi tahun 2020, jumlah pembayaran dividen yang dibayar adalah sebanyak RM58.3 juta iaitu peningkatan sebanyak 28.7% berbanding tahun 2019 yang berjumlah RM45.3 juta. Peningkatan jumlah bayaran ini akan memberi manfaat kepada 92,459 anggota CBP yang layak. Jumlah syer keseluruhan CBP melebihi RM900 juta setakat 31 Disember 2020”

“Kadar dividen bersih bagi tahun 2020 adalah sebanyak 6.7% bagi syer keutamaan iRCPS dan 6.0% bagi syer biasa. Pembayaran dividen ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan Anggota CBP dan pengeluran boleh dibuat di mana mana cawangan CBP, secara atas talian melalui laman sesawang CBP atau melalui aplikasi mobil MyCoopbank bermula 27 Ogos 2021,” katanya.

Beliau menjelaskan jumlah keanggotaan CBP juga telah meningkat dengan penambahan 1,039 anggota baharu dengan jumlah keseuluruhan anggota pada tahun 2020 sebanyak 92,459.

Tambahnya, kelewatan pengumuman dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 adalah disebabkan penukaran juruaudit yang dilantik yang memerlukan proses perlantikan dilaksanakan semula yang perlu mendapatkan kelulusan dari pengawalselia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat