Lantik Azmin TPM, umpama bunuh diri,” kata Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selagi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mengumumkan senarai Kabinetnya, maka selagi itulah percakaran antara politikus berterusan dan jawatan paling menjadi rebutan ialah Timbalan Perdana Menteri.

Pun begitu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menganggap jika Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali dilantik mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri ia umpama tindakan bunuh diri.

Susulan itu, Puad sebagai orang lama dalam politik mencadangkan kepada Ismail Sabri supaya mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Ikut komen netizen sejak Perikatan Nasional (PN) jadi kerajaan, imej Azmin adalah negatif baik dari segi moral dan ‘performance’.

“Melantik Azmin jadi Timbalan Perdana Menteri umpama bunuh diri.

“Maka sesiapa yang mahu tarik sokongan terhadap Ismail Sabri kerana isu jawatan, mereka akan dilihat sebagai “budak jahat”.

Oleh itu, kata Puad, eloklah kosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Checkmate kepada tukang lobi dan yang berebut jawatan tersebut,” ujar Puad di Facebooknya pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha politik Azmin, Hilman Idham yang menafikan laporan yang mendakwa bekas menteri MITI itu mengugut untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri jika dia tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Baguslah Azmin nafi ugut tarik sokongan jika tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Lagi pun nak ugut dan tarik sokongan bagaimana? Usul undi percaya di Parlimen pada 6 September 2021 akan datang sudah tidak relevan. Sudah tidak perlu.

“Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri secara demokratik dan ikut perlembagaan. Maka Ismail Sabri tidak perlu takut dengan ugutan,” tegas Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat