Projek Direct Nego Zaman PH, Sudah Dalam Pengetahuan SPRM

- Advertisement -

Cyberjaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan telah menerima memorandum daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan berhubung pemberian 101 projek Runding Terus bernilai RM 6.61 billion.

SPRM turut menjelaskan akan mendapatkan senarai projek yang berkaitan sebelum memutuskan untuk membuka kertas siasatan atau sebaliknya.

“SPRM akan mendapatkan senarai semua projek berkenaan dari Kementerian Kewangan supaya satu kajian menyeluruh boleh dibuat bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa atau tidak.

“Sehubungan dengan itu semua pihak diminta memberikan ruang kepada agensi berkenaan untuk meneliti perkara itu,” memetik kenyataan tersebut.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian berkenaan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lim Guan Eng sebelum ini pernah menyebut tiada lagi rundingan terus pada tahun 2018 dan akan mengguna Kerjasama Awam Swasta (Public-Private Partnership (PPP) yang sebenar.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menjelaskan bahawa Kabinet PH tidak pernah dimaklumkan mengenai projek secara rundingan terus berkenaan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat