Bantuan RM100: Robert Kuok dan Makcik Kiah Sama-Sama Dapat, Mana Pergi Subsidi Bersasar? – ARMADA

PETALING JAYA, – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan menyalurkan bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 kepada semua golongan dewasa tanpa pengecualian, termasuk individu terkaya di negara ini.

Menurut Ketua Penerangan ARMADA, Harris Idaham Rashid dalam satu kenyataan media, langkah tersebut membuktikan kegagalan prinsip subsidi bersasar yang sepatutnya hanya memanfaatkan golongan benar-benar memerlukan.

“Robert Kuok yang memiliki kekayaan dianggarkan RM50.3 bilion turut mendapat RM100 daripada kerajaan. Sepatutnya, nilai bantuan dinaikkan untuk golongan susah, bukan diagih sama rata kepada ‘mahakaya’,” katanya.

ARMADA turut membangkitkan isu penurunan harga petrol RON95 sebanyak enam sen daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter yang menurut Harris melalui kenyataan sama, tidak memberi kesan ketara kepada rakyat biasa.

“Bagi pemilik Myvi dengan tangki 36 liter, penjimatan hanya RM2.16 untuk satu isian penuh. Penurunan ini umpama ‘poster teaser’ murahan selepas dijanjikan sejak sembilan hari lalu. Ia sekadar ‘panadol’ untuk meredakan kemarahan rakyat,” ujarnya.

Beliau mendakwa, langkah itu hanyalah percubaan kerajaan meredakan sentimen rakyat menjelang Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini sambil memuji peranan Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang yang berkesan.

“Ini membuktikan PN berjaya mendesak kerajaan meringankan beban rakyat. Namun, penurunan harga minyak ini juga bersifat sementara sebelum subsidi RON95 disasar semula dan harga berkemungkinan naik melebihi kadar sekarang,” katanya lagi.

Harris turut menegaskan dalam kenyataan itu bahawa pengumuman tersebut hanyalah ‘indah teaser daripada intipati’, menepati pepatah Melayu “indah khabar dari rupa”.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat