PM Anwar Hubungi Kemboja – Thailand, Rayu Gencatan Senjata Elak Konflik Lebih Buruk

PUTRAJAYA, – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghubungi Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia berhubung peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara itu.

Dalam perbualan tersebut, Anwar yang bertindak atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, merayu agar kedua-dua negara segera melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk serta membuka ruang kepada dialog damai dan penyelesaian secara diplomatik.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi satu hantaran di Facebook rasminya petang ini.

“Saya menyambut baik isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan perkara ini. Malaysia bersedia membantu dan memudahkan proses ini atas semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama,” katanya.

Menurut Anwar, kekuatan ASEAN terletak pada solidariti dan keamanan yang mesti sentiasa menjadi pilihan kolektif negara-negara anggotanya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat