Mahathir Nafi Terima Wang RM2.6 Juta Dari UKSB

- Advertisement -

LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau pernah menerima sumbangan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti yang didakwa bekas Pengurus Pentadbiran syarikat berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Katanya beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan.

“Saya tak terima (wang seperti didakwa). Kalau dia boleh bukti, tunjukkan bukti, nak cakap (terima duit) senang.

“Kalau ada orang bagi duit kat saya tunjuklah, siapa yang bagi, kerana saya tidak pernah terima duit itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pengusaha bot pelancongan di Jeti Tanjung Rhu di sini, petang ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh pihak berkuasa berkaitan isu itu.

“Saya bersedia dan tunjukkan bukti yang saya ada (duit). (Sebelum ini) Banyak tuduhan yang dibuat kepada saya kononnya saya kaya ada (duit) berbillion ringgit simpan di Switzerland dan Taiwan.

“Kita tunjuk bukti (Datuk Seri) Najib (Razak) ada pegang duit (kerana) ada cek yang dia tandatangan dan ada akaun bank. Pergilah cari akaun bank saya, tiada masalah,” katanya.

Hari ini, pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,

bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, mendakwa bekas Pengerusi BERSATU itu menerima sumbangan RM2.6 juta daripadanya syarikatnya.

Siong Sun berkata, sumbangan itu adalah untuk kegunaan parti BERSATU diberikan menerusi anak saudara Dr Mahathir, Tan Sri Rahmat Abu Bakar.

Saksi pendakwaan itu juga berkata, kod nama ‘Kedahan’ digunakan untuk Rahmat dalam buku lejar UKSB yang menunjukkan aliran keluar wang syarikat berkenaan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat