BN Buat Lantikan Baru Bagi Perkukuh Jentera Komunikasi – Dr Zambry

- Advertisement -

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) membuat beberapa lantikan bagi mengisi jawatan penting dalam Jentera Komunikasi BN (BNCOMMS).

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, lantikan tersebut dibuat bagi memastikan urusan komunikasi BN diperkukuhkan agar parti itu dapat melaksanakan fungsi serta tanggungjawab dengan baik.

“Lantikan beberapa jawatan penting di peringkat negeri termasuk jawatan Ketua Komunikasi BN Negeri, Ketua Komunikasi Wanita BN Negeri, Ketua Komunikasi Pemuda BN Negeri dan Ketua Komunikasi Puteri BN Negeri,” kata beliau.

Menjelaskan lanjut, Zambry berkata, pelantikan juga dibuat di peringkat bahagian, termasuk Penyelaras Komunikasi BN Bahagian, Penyelaras Komunikasi Wanita BN Bahagian, Penyelaras Komunikasi Pemuda BN Bahagian serta Penyelaras Komunikasi Puteri BN Bahagian.

“Pelantikan Timbalan, Naib Ketua Komunikasi BN Negeri serta Penolong Penyelaras Komunikasi BN Bahagian serta beberapa jawatan lain juga dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi tujuan tersebut, surat rasmi telah pun dihantar kepada semua Pengerusi BN Negeri agar tindakan segera diambil berkaitan perkara ini.

“BN percaya penyelarasan jentera komunikasi BNCOMMS ini akan memainkan peranan utama agar segala dasar, polisi dan agenda parti dapat disampaikan dengan baik kepada ahli dan rakyat.

“BNCOMMS juga bertanggungjawab menjawab serta memperbetulkan segala fitnah dan pembohongan parti lawan terhadap BN, dan BN percaya penyusunan baru ini akan memudahkan penyelarasan jentera komunikasi BN di semua peringkat,” kata beliau. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,584FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat