RM100 Juta Kepada UDA Bangunkan Pusat Komersial, Bantu Usahawan Bumiputera – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan dana berjumlah RM100 juta kepada syarikat milik kerajaan (GLC), UDA Holding Berhad (UDA) bagi membangunkan pusat komersial seterusnya membantu usahawan Bumiputera mendapatkan ruang perniagaan.

Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut juga dibuat supaya UDA dapat menggandakan penglibatannya dalam sektor perniagaan dan hartanah bagi merancakkan semula ekonomi negara.

“Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada UDA yang turut melebarkan sayap ke Sarawak yang dapat membantu mengembangkan pembangunan sosioekonomi di negeri itu sejajar dengan semangat Keluarga Malaysia yang mementingkan kemakmuran dan kesejahteraan.

“Saya menyambut baik penglibatan UDA dalam pembangunan hartanah wakaf yang masih terbiar dan boleh dikomersialkan.

“Namun, usaha ini boleh diperkasakan dengan penglibatan semua Majlis Agama Islam negeri bagi mengoptimumkan tanah wakaf yang mampu menjana sumber pendapatan negara.

“Bagi membantu UDA terus membangunkan pusat komersial dan membantu usahawan Bumiputera mendapatkan ruang perniagaan, saya mengumumkan dana sejumlah RM 100 juta kepada UDA untuk maksud ini,” katanya, ketika berucap di Majlis Makan Malam Ulang Tahun UDA ke-50 di Hotel One World, sebentar tadi.

Menurut Perdana Menteri lagi, kerajaan juga akan melakukan semakan semula pengurusan pusat beli-belah yang dimiliki GLC supaya diuruskan oleh syarikat tempatan agar peniaga Bumiputera dapat menjalankan perniagaan mereka di situ.

“Justeru, saya menyeru agar UDA dapat menjual atau menyewakan ruang-ruang perniagaan yang sedia ada pada kadar yang mampu ditanggung oleh usahawan Bumiputera yang berpotensi mengembangkan perniagaan mereka.

“Ini untuk membolehkan usahawan Bumiputera berniaga dalam suasana yang lebih selesai dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan status mereka sebagai usahawan berjaya,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat