PN Pulau Pinang Selesai Pembahagian 13 Kerusi Parlimen – Dominic Lau

- Advertisement -

GEORGETOWN – Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang selesai menjalankan pembahagian 13 kawasan Parlimen di antara tiga komponen partinya dalam persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, mereka juga sudah membincangkan hal ehwal dan gerak kerja dalam kesiapsiagaan untuk menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

Katanya, semua parti komponen sudah menyerahkan senarai nama ketua badan perhubungan kawasan Parlimen masing-masing agar gerak kerja di kawasan dapat dimulakan dalam masa terdekat.

“Ketua badan perhubungan kawasan Parlimen dinasihatkan turun ke padang dan memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing secara proaktif sebaik sahaja kerja pelantikan dimuktamadkan.

“Mereka juga harus memahami isu yang dihadapi rakyat setempat, memberi bantuan serta membela kepentingan rakyat tanpa mengambil kira bangsa dan agama,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau lagi, ketua badan perhubungan kawasan Parlimen yang dilantik tidak semestinya dipilih sebagai calon bagi PRU akan datang.

“Bagaimanapun, kita mesti bersatu padu, berjuang dalam satu pasukan dan bersiap sedia gerak kerja pilihan raya supaya PN Pulau Pinang mendapat keputusan yang baik dalam PRU15 nanti.

“Kita akan mengadakan satu majlis pelancaran dalam masa terdekat dan selepas itu, satu ‘retreat’ akan diadakan bagi merangka pelan tindakan untuk menghadapi PRU akan datang.

“PN Pulau Pinang akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun pada 7 Ogos ini sempena hari ulang tahun kedua PN. Beberapa acara akan diadakan pada hari tersebut termasuk penyerahan surat pelantikan ketua badan perhubungan kawasan Parlimen,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat