Zahid Jalani Kuarantin Selepas Disahkan Positif Covid-19 Tanpa Gejala

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disahkan positif Covid-19 kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ahmad Zahid memaklumkan beliau tidak mengalami sebarang gejala yang teruk.

“Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

“Syukur alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini. Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Ahmad Zahid merupakan antara tiga Ahli Parlimen yang disahkan positif Covid-19 manakala empat lagi Ahli Parlimen disahkan merupakan kontak rapat.

Selain itu seramai 35 petugas Parlimen turut disahkan positif Covid-19.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 selama lima hari bakal berlangsung bermula esok hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat