Hishammuddin Sumbang Lembu Sempena Aidiladha

- Advertisement -

SEMBRONG: Menteri Luar Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn hari ini menyumbang sebanyak 22 ekor lembu untuk diagihkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sembrong sempena sambutan Aidiladha jumaat depan.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata sumbangan ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan kepada yang mereka bertugas sebagai barisan hadapan ketika penularan wabak Covid-19.

Antara badan yang menerima sumbangan tersebut ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Pejabat Daerah Kluang, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Perbandaran Simpang Renggam serta Balai Bomba Kluang.

Sumbangan lembu juga akan disumbang kepada 2 Dun  iaitu Paloh dan Kahang dibawah Parlimen Sembrong. Beliau mengingatkan agar mematuhi SOP semasa melaksana aktiviti penyembelihan nanti, kata Hishammuddin.

Sementara itu semasa merasmikan Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Ulu Dengar mengingatkan semua ahlinya supaya terus berjuang dalam UMNO, yang mana UMNO telah banyak berjasa sehingga menjadi sebuah negara yang membangun. Beliau juga memesan supaya jangan berjuang kerana pangkat, jawatan dan wang. Kukuhkan perpaduan, kukuhkah gerak kerja kerana PRU15 semakin hampir tidak beberapa lama lagi, katanya.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat