Dapat pelbagai kelebihan pun Bersatu masih merungut, serang Pas – Adun Sura

KUALA LUMPUR – Adun Sura Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi akui pelik dengan sikap dan tindak-tanduk Bersatu terhadap Pas meskipun berada dalam gabungan sama, Perikatan Nasional (PN).

“Pelik juga dengan Bersatu ni. Dalam PRN Johor, kerusi paling banyak diberi kepada Bersatu. Bertanding pula atas tiket PN. Surat penggunaan logo PN pun ditandatangani oleh (Datuk Seri) Dr Samsuri daripada Pas.

“Tapi yang paling kuat merungut dan menyerang Pas juga Bersatu.

“Kalau semua ruang dah diberi, apa lagi yang tak puas hati? Atau sebenarnya bila Pas tak lagi boleh dijadikan “jentera percuma”, barulah terasa bezanya? selar Tengku Muhammad Fakhruddin dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Beliau mengingatkan bahawa Pas tidak pernah berebut kerusi.

“Sebaliknya, Pas cuma mahu politik yang beradab dan saling menghormati.

“Kalau setiap kali dapat kelebihan pun masih mencari salah Pas, mungkin masalahnya bukan pada Pas.

“Rakyat sedang menilai. Jangan sampai yang diberi paling banyak, akhirnya menjadi pihak yang paling banyak merosakkan perpaduan pembangkang,” bidas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat