Malaysia dan Timor-Leste ikrar perkukuh hubungan, teroka bidang kerjasama baharu

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia dan Timor-Leste telah menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala sedia ada serta bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baharu, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan, pengajian tinggi dan kesalinghubungan.

Perkara itu dibincangkan semasa pertemuan antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas pada Selasa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar (Wisma Putra) menyatakan bahawa kedua-dua menteri juga mengadakan pertukaran nota berkenaan perjanjian untuk pemberian tanah oleh kerajaan Timor-Leste kepada erajaan Malaysia sebagai tanda penghargaan di atas bantuan dan sumbangan berterusan yang telah diberikan kepada Timor-Leste.

“Lot tanah ini akan membolehkan Malaysia untuk membangunkan bangunan Canseri dan Kediaman Rasmi Kedutaan Besar Malaysia yang baru di Dili,” menurut kenyataan itu.

Bendito Freitas, yang tiba di sini untuk lawatan tiga hari mulai Isnin, telah melawat Menara Berkembar Petronas untuk taklimat berkenaan aktiviti cari gali petroleum dan gas oleh Petronas.

Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pengangkutan Anthony Loke, diikuti dengan menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Udara antara Malaysia dan Timor-Leste.

Menurut kenyataan itu, perjanjian berkenaan akan meningkatkan kerjasama di dalam perkhidmatan udara dan kesalinghubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Menurut Wisma Putra, hubungan mesra dan erat yang terjalin sejak Timor-Leste mencapai kemerdekaan pada 20 Mei, 2002 telah diperkukuhkan lagi melalui lawatan itu.

Pada tahun 2023, jumlah perdagangan dua hala di antara Malaysia dan Timor-Leste mencatat jumlah US$43.7 juta (RM196.7 juta).

Jumlah eksport Malaysia ke Timor-Leste pada tahun 2023 berjumlah US$43.3 juta (RM195.0 juta), manakala jumlah import produk dari Timor-Leste pula berjumlah US$0.4 juta (RM1.7 juta). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat