Akar umbi Umno perlukan maklumat tepat, terkini isu semasa untuk pertahan parti di lapangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Naib Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Ahmad Saidi Mohammad Daud berkata ahli parti di peringkat akar umbi memerlukan informasi tepat dan maklumat yang terkini terutama perkara yang berkaitan isu-isu semasa.

Menurut bekas ADUN Changkat Jering itu, ia penting agar ahli Umno sentiasa cakna dan secara langsung dapat mempertahankan dan memperkuatkan parti.

“Ini penting sebab hendak memastikan Umno terus kita pertahan dan terus diperkuatkan jentera akar umbi.

“Kita pastikan ahli-ahli terus kekal setia dan mempertahankan Umno.

“Ini sangat penting untuk pastikan maklumat-maklumat sampai ke peringkat akar umbi,” lapor Umno Online.

Beliau ditemui selepas Program Jelajah Penerangan UMNO Malaysia – Bahagian Bukit Gantang yang diadakan di Dewan UMNO bahagian baru-baru ini.

Jelajah Penerangan itu menampilkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai penceramah utama dan hadir sama Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang Mohammad Sollehin Mohamad Tajie serta barisan kepimpinannya.

Berhubung dengan jelajah tersebut, Ahmad Saidi melihat sendiri bagaimana ahli akar umbi teruja dengan penerangan dan penjelasan secara langsung dari pimpinan pusat.

“Kita boleh melihat sendiri bagaimana keterujaan keseluruhan ahli daripada Umno Bahagian Bukit Gantang. Jika dilihat kepada kehadiran yang mencecah lebih tiga ratus orang ke empat ratus orang secara keseluruhannya.

“Kita juga boleh melihat ahli-ahli ada sifat keterujaan dan sifat ingin tahu. Ada yang bertanyakan soalan, ada yang memberikan maklum balas.

“….dan juga yang menunjukkan kesungguhan bagaimana mereka cuba untuk pastikan maklumat yang diterima pada hari ini yang disampaikan semua penceramah, input yang telah diberikan dapat diturunkan kepada keseluruhan ahli di peringkat Cawangan-cawangan dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Justeru, Ahmad Saidi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Penerangan Umno Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Azalina Othman Said atas penganjuran siri jelajah tersebut dan amat menghargai ahli akar umbi yang hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat