Surat Palsu: Polis Terima Laporan Dari Pegawai Istana

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan wakil dari pihak Istana Negara berhubung surat yang kononnya ditulis Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan jumlah sokongan Ahli Parlimen.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata laporan berkenaan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata pengadu adalah pegawai Istana Negara membuat laporan itu selepas menerima kiriman mesej WhatsApp tertera surat menggunakan kepala surat Bendahari Agung Barisan Nasional (BN).

“Pengadu telah terima mesej dari aplikasi WhatsApp mengatakan pihak Istana Negara ada terima surat daripada BN bagi tujuan pembentukan Kerajaan Malaysia yang baharu.

“Pengadu kemudian membuat semakan dengan pihak Istana Negara dan mendapati surat itu tidak diterima oleh pihak istana dan mengesyaki cap terima itu adalah palsu,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Anuar berkata pihaknya, kini sedang menyiasat perkara terbabit mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Semalam, Setiausaha Akhbar Hishammuddin, Mohd Hafiz Ariffin membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung satu surat ditulis kepada Yang di-Pertuan Agong, yang mendakwa Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN mendapat sokongan untuk menjadi perdana menteri yang baharu.

Menurutnya, surat itu palsu dan disebarkan dengan niat untuk memburukkan reputasi Hishammuddin serta mewujudkan kekeliruan orang ramai. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat