Dua Beradik Tak Mengaku Salah Buat Tuntutan palsu Pembekalan Minyak Masak

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dua adik beradik tidak mengaku salah di Mahkamah Seksyen hari ini atas 52 pertuduhan berkaitan tuntutan palsu pembekalan minyak masak bernilai RM1.57 juta.

Pemilik syarikat pembungkusan minyak masak subsidi, Datuk Mohd. Farid Mohamad Ali, 42, dan adiknya, Mohd. Fadhil, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, lapor portal Kosmo.

Memetik laporan sama, Mohd. Farid didakwa memberi Penyata Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Kepada Kilang Penapis/Pembungkus Minyak Masak Sawit Tulen yang mengandungi butiran palsu kepada staf Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bernilai RM1.57 juta.

Kesalahan ditu didakwa dilakukan di pejabat bahagian Subsidi dan Bekalan, Cawangan Analisa Perakaunan Industri, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP Putrajaya pada Januari 2019 hingga Mac 2020.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mohd. Farid juga mengaku tidak bersalah atas 52 pertuduhan pilihan memalsukan invois dan dokumen penghantaran yang terkandung dalam Pernyata Tuntutan Bayaran Kewangan kepada kilang sama dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan untuk menipu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah menerima wang RM192,433 daripada akaun Hong Leong Bank milik KPDNHEP yang merupakan hasil aktiviti haram ke akaun Bank Islam milik Syarikat Temasek Growth Sdn. Bhd. yang mana dia merupakan pengawalnya.

Sementara itu, Mohd. Fadhil yang didakwa atas 52 pertuduhan bersubahat dengan abangnya untuk melakukan kesalahan sama, di tempat dan tarikh sama, mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) akta sama, turut tidak mengaku salah.

Mahkamah membenarkan dua beradik itu diikat jamin RM150,000 dan RM100,000 bagi kesemua pertuduhan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat