”Suara moden’ itu apa?’ – Siti Sarah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah, 36, menempelak komen seorang individu yang membandingkan cara nyanyiannya dengan Nabila Razali menerusi muzik video lagu duet bersama suaminya, Shuib berjudul Semakin Benci Semakin Cinta di YouTube.

Siti Sarah berkata, setiap penyanyi dalam dunia memiliki kelebihan masing-masing dan tidak patut dibanding-bandingkan.

Dia juga mengakui masih dalam proses memperbaiki nyanyian terutama kebolehan vokal sendiri walaupun hampir dua dekad bergelar penyanyi.

“Tak patutlah nak bandingkan saya dengan mana-mana penyanyi pun. Bagi saya, Nabila Razali, Mariah Carey, Anita Mui atau Lata Mangeskhar, semua ada kelebihan masing-masing.

“Saya sendiri sangat hormat dengan Nabila. Dia seorang bakat baharu, suka berusaha, tak mudah putus asa dan pandai cari peluang dalam bidang muzik.

“Dia pun baik dan hormat dengan saya. Sebagai penyanyi yang berpengalaman hampir 20 tahun ini, saya sentiasa nak perbaiki kelemahan vokal,” katanya.

Siti Sarah juga musykil dengan komen individu itu yang mendakwa cara nyanyiannya tidak moden. Menurutnya, dia tidak pernah tahu pun ada kelas nyanyian untuk memiliki suara moden.

“Suara moden itu apa sebenarnya? Maaflah, saya betul-betul tak tahu. Mungkin adik boleh komen banyak lagi atau lebih jelas secara terperinci.

“Selepas ini, boleh saya perbaiki dan cari guru vokal yang boleh ajar suara jadi moden. Saya terbuka dengan semua komen sebab saya sendiri nak majukan diri.

“Untuk pengetahuan adik yang dikasihi, sejujurnya lagu ini terlalu ‘deep’ untuk saya dan Shuib. Tak mungkin saya nyanyi lagu ini dengan orang lain atau Shuib nyanyi dengan orang lain,” katanya.

Pasangan berkenaan tampil dengan lagu duet baharu mereka itu baru-baru ini. Lagu berkenaan mendapat sentuhan komposer terkenal, Ajai.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat