Ramai sokong Britney Spears

- Advertisement -

Los Angeles: Penyanyi Britney Spears menerima sokongan luar biasa daripada rakan-rakan artis Hollywood selepas merayu kepada hakim Brenda Penny untuk membebaskannya daripada ‘cengkaman’ bapanya, Jamie yang mengawal hidup serta kekayaan miliknya bernilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu.

Antara rakan selebriti popular yang menyuarakan sokongan terhadap Britney ialah bekas teman lelakinya, Justin Timberlake, Mariah Carey, Halsey, Khloe Kardashian dan ramai lagi.

Timberlake menerusi satu ciapan di Twitter berkata, apa yang berlaku terhadap Britney memang tidak adil. “Selepas apa yang kita lihat, kita semua perlu bersatu menyokong Britney waktu ini. Tidak kira sejarah lepas, baik atau buruk dan tak kira betapa lama berlalu, apa yang berlaku kepadanya memang tidak adil. Tiada wanita perlu disekat daripada buat keputusan berkaitan dirinya sendiri,” tulisnya.

Mariah Carey pula memuat naik ciapan, “kami sayang awak, Britney! Teruskan kuat!”

Sementara itu, Halsey pula berharap Britney mendapat kebebasan seperti yang diperjuangkan.

“Saya harap dengan kesungguhan hati Britney dia dapat diberi kebebasan dari sistem kekerasan ini. Dia layak mendapatkan apa yang dia usahakan selama hari ini. Saya mengagumi keberaniannya,” tulis Halsey.

Terdahulu, Britney menjelaskan sistem penjagaan ditetapkan itu menyeksa dirinya kerana dia juga dilarang hamil selain sebuah peranti dimasukkan dalam badannya supaya dia tidak boleh hamil.

Tahun lalu, Britney memulakan proses guaman untuk membuang hak Jamie daripada mengawal hidupnya. Ia termasuk hal dalaman serta kewangan selepas bapanya ditetapkan sebagai penjaga kehidupannya pada 2008.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat