COVID-19 : 6.8 Juta Individu Mendapat Vaksin Setakat Semalam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 268,604 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dos suntikan vaksin mereka, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 6,823,104 dos (6.8 juta) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, hampir 5 juta individu menerima dos pertama dan hampir 1.9 juta individu mendapat dos lengkap vaksin COVID-19.

“Jumlah individu menerima dos pertama ialah 4,924,334 orang atau 15.1 peratus daripada lebih 32 juta populasi negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,898,770 orang menerima dos kedua, yang meliputi 5.8 peratus daripada populasi Malaysia,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan, penduduk Kuala Lumpur adalah yang tertinggi mendapat suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat