Pendaftaran Pejuang, Menteri Dalam Negeri mesti buat keputusan 14 hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, memerintahkan Menteri Dalam Negeri untuk membuat keputusan berhubung permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk didaftarkan sebagai parti politik.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid dalam penghakimannya, berkata keputusan itu perlu dibuat dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.

Keputusan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan Pejuang untuk menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membuat keputusan berhubung rayuan parti itu.

Terdahulu, Ahmad Kamal dalam penghakimannya, berkata tempoh lima setengah bulan adalah melebihi masa bagi menteri membuat keputusan berhubung rayuan parti berkenaan yang dikemukakan Januari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat