Mazlan Lazim Timbalan Ketua Polis Negara Baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Akhirnya teka-teki calon Timbalan Ketua Polis Negara baharu terjawab apabila Datuk Seri Mazlan Lazim dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara sekarang.

Ketokohan Mazlan Lazim sebagai pemimpin di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbukti apabila mendapat kepercayaan pucuk pimpinan menerajui jawatan-jawatan penting di dalam PDRM.

” Ia terserlah apabila beliau bukan sahaja dilantik sebagai Ketua di Peringkat Jabatan, malah pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Negeri sebelum seterusnya melebarkan sayap kecemerlangan di dalam kerjaya setelah menjadi antara barisan tertinggi di dalam kepimpinan PDRM apabila dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik.

Pada awal Jun, SuaraTV menyiarkan berita eksklusif  “Mazlan Lazim Bakal Timbalan Ketua Polis Negara?” membayangkan kemungkinan pelantikan ini di sebalik beberapa nama popular lagi.

Beliau yang terkenal dengan sikap tegas tetapi sentiasa mengambil berat terhadap pegawai dan anggota polis di bawahnya terutama dalam perkara-perkara melibatkan kebajikan, menjadikan pendekatan ‘command and control’ di dalam pentadbiran beliau amat berjaya. Halatuju beliau diperturunkan di peringkat pelaksana sangat tegas dan jelas sejajar dengan kehendak pucuk pimpinan dan masyarakat khususnya.

Mazlan Lazim memikul tanggungjawab penuh cabaran sepanjang menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur dalam usaha menangani peningkatan kadar jenayah serta pengawalan dan pembanterasan sindiket dan kumpulan penjenayah.

Beliau menunjukkan kewibawaan apabila dengan lantangnya menyatakan tidak akan berkompromi terutama dengan sindiket-sindiket judi di Kuala Lumpur.

Beliau mengisytiharkan bahawa Kuala Lumpur akan bersih daripada mesin-mesin judi dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai dan anggota beliau yang didapati ‘memberi muka’ kepada kumpulan-kumpulan ini.

Jelas dilihat, sepanjang beliau berada di Kuala Lumpur, operasi khas terhadap perjudian tidak pernah lekang dilaksanakan di setiap peringkat sehingga mereka tiada berpeluang untuk menapak lama di Kuala Lumpur, terpaksa keluar dari Kuala Lumpur dan kini Kuala Lumpur dikatakan ‘kosong’ mesin judi.

Sindiket Addy Kanna yang dikatakan antara sindiket perjudian terbesar di Malaysia juga sebenarnya mengalami kesukaran dan tidak berjaya masuk ke Kuala Lumpur sepanjang Mazlan Lazim menjadi Ketua Polis.

Sungguhpun terdapat beberapa pegawai dan anggota dari negeri tersebut disiasat oleh SPRM dengan pendedahan dalam penglibatan masing-masing, Mazlan disahkan tidak terlibat dan tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan yang disebarkan menyatakan beliau terlibat.

Selain tegas dalam membanteras sindiket perjudian, beliau juga tegas dalam menangani aktiviti gengsterisme di Kuala Lumpur. Ramai ahli kumpulan gangster yang telah diambil tindakan di bawah SOSMA sepanjang beliau menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur.

Selain isu judi dan gangster dapat dicegah dengan berkesan di Kuala Lumpur, Mazlan tidak meminggirkan masalah jenayah ragut dan samun jalanan yang memberi impak besar kepada masyarakat dan pelancong yang menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai lokasi tumpuan mereka.

Sepanjang perkhidmatan beliau di Kuala Lumpur, banyak operasi khas terhadap jenayah ragut dan samun jalanan telah dilancarkan dan membawa kejayaan dalam menurunkan kadar jenayah tersebut.

Beliau banyak melancarkan program dengan objektif “Keep KL Safe” dengan NGO dan sangat aktif turun padang bertemu masyarakat tanpa mengira masa bagi memastikan hubungan polis dan masyarakat berjalan dengan lancar terutama dalam isu pencegahan jenayah dan penyaluran maklumat. Dengan usaha beliau, polis Kuala Lumpur berjaya menurunkan kadar jenayah dan kejadian jenayah ragut, samun jalanan dan lain-lain jenayah berjaya dibendung dengan berkesan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat