Dapat restu Zahid, BN Johor ‘tegak’ tanding 56 kerusi DUN Johor – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR – Tiada pusingan U akan dibuat berhubung keputusan Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, ini kerana keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti.

“Keputusan ini bukan dibuat secara bersendirian sebaliknya telah mendapat restu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta disokong Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Sebelum saya buat pengumuman itu, saya telah mendapat `berkat’ daripada pucuk pimpinan, Datuk Seri Zahid. Sebab itu saya berani komited dengan angka tersebut,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku perubahan keputusan susulan perkembangan politik semasa melibatkan hubungan antara pimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Johor itu berkata, pihaknya mempunyai keyakinan bahawa keputusan untuk bertanding di semua 56 kerusi itu ‘tetap berjalan’.

“Saya tak akan buat keputusan tanpa mendapat nasihat dan pandangan,” ujar Adun Machap berkenaan memetik Malaysia Gazette.

Terdahulu, BN Johor mengumumkan akan bertanding semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang dengan harapan membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat