FGV Akan Mulakan Ladang Jagung Skala Besar Tangani Masalah Makanan Ternakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd (FGV) bakal memulakan penanaman jagung berskala besar di ladang seluas 100 hektar di Chuping, Perlis dalam masa terdekat.

Ia antara langkah mengatasi masalah berkaitan bekalan makanan ayam yang masih belum ada penyelesaian setakat ini.

Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Abdul Razak Aya berkata, ia adalah antara usaha pihaknya membantu menyelesaikan kemelut bekalan ayam.

“Kita tidak akan pergi sampai menternak ayam. Tapi kita akan sokong dari segi makanan ternakan.

“Ini perkara yang penting, tak guna kita nak selesaikan isu ayam, tapi tak selesaikan isu makanan ternakan.

“Kita ada banyak hampas isirung sawit (PKC), kita ada ladang padi dan kita nak mulakan tanam jagung kerana belum ada yang buat secara besar-besaran,” katanya ditemui di Rumah Terbuka FGV, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Indonesia dan Thailand sudah mempunyai tanaman berskala besar dan langkah sama juga perlu dilakukan.

Dalam mesyuarat kelmarin, kerajaan memutuskan untuk menghentikan pengeksportan ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran kembali stabil.

Ketetapan itu antara beberapa langkah jangka pendek yang diputuskan mesyuarat Kabinet bagi menangani masalah bekalan serta harga ayam. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat