Malaysia seimbangkan nyawa dan ekonomi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia menekankan keutamaan untuk mencapai keseimbangan di antara melindungi kesihatan dan nyawa dengan memastikan kelangsungan ekonomi dalam menangani wabak Covid-19.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika sidang Meja Bulat Pemimpin Komanwel Rantau Asia dipengerusikan Putera Diraja Wales, Putera Charles yang berlangsung secara maya semalam.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini berkata, pada sidang sama, Perdana Menteri turut membincangkan usaha dilaksanakan untuk menjana ekonomi kitaran dalam rancangan pembangunan Malaysia.

Ia antara pendekatan untuk mendorong perubahan sistemik ke arah penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan hijau yang lebih berdaya tahan.

Selain itu, Perdana Menteri juga menekankan kejayaan Malaysia dalam menetapkan harga Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS), yang mana hasil penerbitan sijil kewangan Islam itu akan membiayai projek hijau sejajar Agenda Pembangunan Lestari 2030.

“Perbincangan Meja Bulat ini antara lain turut membincangkan isu utama yang boleh ditangani Komanwel seperti isu berkaitan pendekatan pemulihan hijau, peralihan ke ekonomi hijau dan tindakan kolektif menjelang Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 (COP26).

“Selain itu, ia juga membuka peluang pemimpin berkongsi inisiatif dan amalan baharu dalam usaha mereka mengembalikan serta mempercepatkan pemulihan ekonomi disebabkan wabak COVID-19 melalui inisiatif kitaran, transformasi industri karbon dan pembiayaan hijau yang mampan,” kata kenyataan itu.

Selain Malaysia, turut hadir pada sesi Meja Bulat itu adalah Presiden Maldives, Presiden Sri Lanka, Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Singapura, Presiden Rwanda merangkap bakal Pengerusi Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel, Perdana Menteri United Kingdom (UK) dan Setiausaha Agung Komanwel.

Pada sesi sama, Putera Charles turut menggalakkan pemimpin Komanwel mendorong sektor swasta menyertai Inisiatif Pasaran Mampan dipimpin sendiri oleh beliau.

Menerusi inisiatif itu, Putera Charles menjangka ia mampu membantu syarikat swasta beralih ke perniagaan berasaskan ekonomi hijau yang lebih cekap dan mesra alam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat