KKM Kesan 13 Lagi Kes Covid-19 Berkaitan Varian Afrika, India

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 13 lagi kes Variant of Concern (VOC) melibatkan varian Afrika Selatan B.1.351 dan varian India B.1.617.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 adalah sebanyak 78 kes dan varian India B.1.671 adalah sebanyak enam kes.

“12 kes baharu yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan di Kedah, Perlis, Selangor, dan Johor.

“Satu kes baharu warganegara yang dijangkiti varian India B.1.617 (sublineage B.1.617.2) telah dikesan di Labuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Dr Noor Hisham, varian baharu ini mempunyai kadar kebolehjangkitan COVID-19 dan kematian yang lebih tinggi.

“Sehubungan itu, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, meningkatkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti,” jelasnya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk terus mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri di rumah atau ‘PKP Kendiri’ dengan penuh tanggungjawab bagi tempoh dua minggu ini. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat