Jangkitan Covid-19 Dikalangan Bayi, Kanak-Kanak Membimbangkan – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kini amat membimbangkan dan menjadi antara golongan yang berisiko dijangkiti virus COVID-19 selepas warga emas.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu perlu menjadi peringatan kepada semua agar terus bertanggungjawab melindungi golongan itu daripada dijangkiti.

“Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sehingga hari ini, seramai 48,261 orang kanak-kanak dan bayi telah dijangkiti COVID-19 dengan 6,290 adalah merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah.

“Justeru ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya dalam kenyataan harian berkenaan perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Beliau berkata orang dewasa bertanggungjawab melindungi kanak-kanak dan bayi daripada dijangkiti virus itu.

Menurutnya selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, orang dewasa juga perlu melakukan ‘self lockdown’ atau sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan keluarga tersayang terkena jangkitan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat