Banjir di Sarawak dan Sabah Semakin Pulih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada peningkatan secara mendadak bagi situasi banjir di Sarawak dan Sabah setakat pagi ini.

Di Sarawak mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Limbang di utara Sarawak tidak menunjukkan peningkatan ketara apabila 128 orang daripada 36 keluarga berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini berbanding 127 orang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata paras air di 10 kampung yang terjejas banjir terus menunjukkan trend surut.

Jumlah mangsa PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang juga hanya bertambah menjadi 22 orang dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah mangsa di PPS lain tidak berubah dengan PPS di Dewan Kampung Ukong sebanyak 23 orang daripada tujuh keluarga, PPS Dewan Buloh Baloi 28 orang (tujuh keluarga), PPS Dewan Masyarakat Medamit 10 orang (tiga keluarga) dan PPS Dewan Kamoung Bidang 43 orang (14 keluarga)

Di Sabah, dua PPS ditutup malam tadi sekaligus menyaksikan jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 5,236 orang daripada 1,450 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 6,156 daripada 1,633 keluarga petang semalam.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, dua PPS yang ditutup ialah Dewan Mini Jinuin Jimin dan Dewan Terbuka Kampung Saga di tenom, dengan kesemua mangsa banjir di pusat itu dibenarkan pulang selepas paras air di Kawasan itu semakin surut.

Dengan penutupan dua PPS itu, jumlah mangsa banjir di Tenom kini berkurangan kepada 4,633 daripada 1,242 keluarga yang masih berlindung di 34 PPS berbanding 5,553 orang petang semalam.

Di Beaufort pula mangsa banjir kekal seramai 603 orang yang ditempatkan di empat PPS.

Banjir yang berlaku sejak Khamis akibat hujan lebat berterusan telah menjejaskan sebanyak 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat