Perhatian kepada rakyat bawah 60 tahun, tempah vaksin AstraZeneca esok 26 Mei – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela khusus untuk penerima di bawah umur 60 tahun dibuka esok, 26 Mei.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mereka yang berminat boleh mendaftar melalui http://vaksincovid.gov.my bermula 12 tengah hari, Rabu, 26 Mei.

Beliau berkata pendaftaran tempahan itu dibuka untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri di Sarawak.

Pusingan pertama pendaftaran untuk vaksinasi AstraZeneca dibuka pada 2 Mei, menyaksikan keseluruhan 268,000 slot habis ditempah dalam tempoh tiga jam dua puluh minit pendaftaran tempahan dibuka.

Beliau berkata fasa kedua tempahan itu juga memberi keutamaan kepada mereka yang berada dalam senarai menunggu selepas mendaftar ketika pusingan pertama tempahan vaksin secara sukarela.

Malaysia dijangka menerima 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca pada akhir bulan ini melalui kemudahan pelan peruntukan vaksin Covid-19 global (Covax).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat