Polis Cari Wanita Baju Merah Disyaki Rosakkan Kereta Ejen Hartanah

- Advertisement -

AMPANG JAYA – Seorang ejen hartanah terperanjat selepas mendapati kereta miliknya yang diletakkan di hadapan pejabat di Jalan Pandan Indah di sini dirosakkan individu tidak dikenali kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berusia 21 tahun itu meletakkan kereta jenis Perodua Myvi di tepi jalan berhadapan pejabatnya pada pukul 2 petang.

“Semasa mahu pulang pada pukul 6.50 petang, wanita itu mendapati keretanya dicalarkan selain cermin sisi patah.

“Selain itu, mangsa turut mendapati pengelap cermin keretanya patah selain ekzos bengkok. Kenderaan itu juga ditutupi dengan tilam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai masalah dengan mana-mana individu.

“Polis telah mengesan satu video tular yang dirakam penduduk menunjukkan seorang wanita berbaju merah merosakkan kereta mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat