Parti Kuat Jika Sertai Gabungan Lemah Akan Gagal Buat Perubahan – Nik Abduh

- Advertisement -

BACHOK – Sesebuah parti yang kuat tidak boleh memanfaatkan ‘kekuatan’ tersebut untuk membuat perubahan sekiranya menyertai gabungan politik yang lemah.

Ini kerana, kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, gabungan yang lemah sudah tentu gagal meraih sokongan dan kepercayaan rakyat, apatah lagi untuk membuat perubahan di negara ini.

“Nak buat perubahan integriti, lawan rasuah atau salah guna kuasa, kalaupun satu dua parti ini ada kekuatan, tapi gabungan lemah, kita tak boleh buat perubahan. PH nak buat perubahan, tak disokong. PN nak buat perubahan, pun ada masalah.

“Jadi kena ada gabungan parti yang kuat. Apabila rakyat melihat gabungan parti yang kuat, maka mereka akan selesa memberi sokongan, tetapi kalau parti itu berpecah sesama mereka, rakyat jadi tidak percaya,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Program Sambutan Hari Polis Ke-215 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohamad Ismail Jamaludin, di sini hari ini.

Nik Mohamad Abduh bagaimanapun tidak menamakan parti atau gabungan politik mana yang dimaksudkan beliau itu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap apa sahaja krisis dan perbalahan dalam kalangan parti yang berada dalam Muafakat Nasional (MN), iaitu Pas dan UMNO dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Pas dan UMNO ini selagi boleh dipertemu, dia akan memikat sokongan rakyat. Maka dengan kuasa bakal perolehi, barulah kita boleh gunakan untuk buat perubahan dan insya-Allah rakyat akan sokong.

“Jadi kewajipan parti-parti politik ialah mereka mesti satukan diri mereka dahulu barulah mereka akan mendapat sokongan rakyat, itu kaedahnya. Dalam konteks ini saya maksudkan perpaduan dalam MN antara Pas dan UMNO,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat