Menteri Sarapan Bersama Sementara Tunggu Mesyuarat Kabinet Bermula – Noh Omar

- Advertisement -

TANJONG KARANG – Perjumpaan membabitkan menteri daripada UMNO di sebuah hotel di Putrajaya hanya untuk bersarapan pagi sebelum menghadiri Mesyuarat Kabinet yang ditangguhkan sejam di Bangunan Seri Perdana pada Jumaat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, Mesyuarat Kabinet ditangguhkan jam 10 berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Peringatan Hari Polis Ke-215 yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

“Hari ini ada Mesyuarat Kabinet dan selalunya jika mesyuarat pada hari Jumaat kita mulakan pada jam 9 pagi dan selesai sebelum jam 1 petang,” katanya selepas melawat penduduk yang mendapat bantuan baik pulih rumah dan pesakit kronik di Kampung Parit 2 di sini pada Jumaat.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, menteri yang tiba awal terlebih dahulu bersarapan di hotel terbabit sementara menunggu Mesyuarat Kabinet yang ditangguh pada jam 10 pagi.

“Saya pun pelik sebab dijadikan isu. Sebenarnya tiada apa pun yang sensasi. Kami yang datang awal pergi sarapan dulu. Semua yang bersarapan itu hanya menteri sahaja dan timbalan menteri tidak terlibat.

“Laporan (menyebut timbalan menteri juga hadir) tidak betul kerana hanya menteri sahaja. Itu pun tidak semua,” ujarnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, satu pertemuan antara menteri-menteri daripada UMNO berlangsung di sebuah hotel terkemuka pada Jumaat.

Bagaimanapun tiada maklumat jelas mengenai fokus yang menjadi perbincangan dalam pertemuan tersebut. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat