‘Mungkin Bincang Hal PRU15’ Kata Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Renggas, Datuk Seri Nazri Abd Aziz berkata, pertemuan menteri dan timbalan menteri dari UMNO disebuah Hotel Putrajaya berkemungkinan membincangkan hal persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Jelasnya, perbincangan itu mungkin menjurus mengadakan PRU lebih awal.

Memetik Astro Awani, Nazri berkata lagi, pertemuan mereka itu sebenarnya tidak memberi impak kerana keputusan untuk mengadakan PRU ditentukan oleh “Top 5′ pemimpin UMNO.

“Ya, mereka (Menteri UMNO) mungkin sedang bincang pasal keperluan PRU15. Namun, pertemuan itu tidak akan beri sebarang impak kerana keputusan pelaksanaan pilihan raya umum masih perlu ditentukan ‘Top 5’ UMNO.

“Sebagaimana saya jelaskan dalam perbahasan di Parlimen pada Rabu, apabila kerajaan kalah dalam undi belah bahagi sesuatu usul, kerajaan sebenarnya sudah hilang asas moral untuk terus mentadbir negara ini,” jelasnya ketika diminta mengulas berhubung pertemuan beberapa pemimpin UMNO disebuah Hotel di Putrajaya, pada Jumaat.

Terdahulu, beberapa media melaporkan mengenai pertemuan menteri dan timbalan menteri dari UMNO disebuah Hotel di Putrajaya yang menimbulkan beberapa persoalan ramai.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung minggu lalu memutuskan agar Top 5 UMNO diberikan peluang untuk membincangkan cadangan pembubaran Parlimen bagi memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Namun desakan itu semakin kuat apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal meluluskan usul Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada Rabu lalu.

Hal ini setelah seramai 86 ahli Parlimen ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju melanjutkan usul tersebut, 84 ahli Parlimen Kerajaan bersetuju manakala 50 ahli Parlimen tidak hadir.

BACA:

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat