Petronas Sangkal Dakwaan Spekulasi Beli Kepentingan Sapura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada Jumaat menyangkal secara mutlak laporan dan spekulasi berhubung dakwaan “perbincangan dengan kerajaan mengenai cadangan untuk membeli kepentingan signifikan” dalam Sapura Energy Bhd (SEB).

“Petronas sentiasa dan akan terus dipandu hanya oleh rangka kerja yang mantap untuk sebarang pertimbangan pelaburan atau penjualan,” menurutnya dalam kenyataan.

Syarikat minyak dan gas negara itu menegaskan bahawa ia kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan peserta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE), memanfaatkan kepakaran dan keupayaan mereka memandangkan aktiviti meningkat sejajar dengan pemulihan industri daripada impak COVID-19.

SEB sedang mengalami masalah kewangan selepas melaporkan kerugian keseluruhan sebanyak RM6.6 bilion pada suku keempat 2022, terutama disebabkan susut nilai berjumlah RM5.4 bilion.

Menurut Public Investment Bank, punca utama prestasi yang mengecewakan itu adalah kontrak legasinya yang mengakibatkan kerugian mudah tunai, kos berlebihan, tuntutan tidak diluluskan, nyahskop kontrak serta kos tambahan ekoran COVID-19.

“Kebimbangan mengenai mudah tunai masih ada, seterusnya menghalang usaha pemulihan selain mengehadkan prospek pertumbuhannya.

“Ini juga telah menjejaskan pelaksanaan projek tertentu kerana kekurangan sokongan daripada pembekal memandangkan jumlah yang masih terhutang,” jelasnya menerusi nota penyelidikan pada Jumaat.

Bank pelaburan itu juga menambah SEB sedang berunding dengan vendornya mengenai pembayaran tertunggak, serta dengan pemberi pinjaman menerusi kemudahan sedia ada atau baharu dan di bawah Skim Pengaturan.

Public Investment menjelaskan dalam melangkah ke hadapan, syarikat itu masih menanggung kerugian kerana margin keuntungan akan kekal tidak menentu disebabkan kesukaran dalam menguruskan kos yang timbul terutama daripada projek legasinya.

Setakat pukul 12.30 tengah hari, saham SEB tidak berubah pada tiga sen dengan 31.82 juta unit bertukar tangan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat