Transformasi digital infaq Ramadan “Kongsi Rezeki” lebih mudah dan telus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2025 – Dengan semangat Ramadan yang semakin hampir, inisiatif Kongsi Rezeki: Infaq Ramadan 2025 kembali dengan matlamat yang lebih besar dan pendekatan yang lebih inovatif. Program ini, yang diinspirasikan oleh Putera Amaris dan Rakan-rakan, bukan sahaja berfokus kepada bantuan kebajikan tetapi juga memperkenalkan pendekatan digital yang lebih lestari dalam menyantuni golongan yang memerlukan.

Dalam satu wawancara eksklusif, Putera Amaris menekankan kepentingan inovasi dan tanggungjawab sosial dalam memastikan kesejahteraan masyarakat. “Kami percaya bahawa perubahan yang berterusan dan berasaskan nilai kebajikan akan membawa manfaat bukan hanya kepada kita hari ini, tetapi juga kepada generasi akan datang,” ujar beliau.

Bersama penaja utama SoftRein dan Biofitrah, serta TodayAssist Sdn Bhd (TASB) sebagai rakan teknologi, program Kongsi Rezeki 2025 berusaha membantu lebih 1,000 penerima manfaat yang terdiri daripada golongan asnaf, anak-anak tahfiz, pesakit kanser kanak-kanak, warga emas, dan gelandangan. Keunikan program ini terletak pada penggunaan platform digital mudah alih yang membolehkan infaq dilakukan dengan lebih mudah, cepat, dan telus.

Sebagai syarikat yang memiliki Pensijilan Malaysia Digital daripada MDEC, TASB membangunkan platform ekonomi perkongsian yang menyokong perniagaan kecil dan sederhana (PKS), sektor awam, dan NGO. Dengan adanya platform ini, masyarakat dapat membuat sumbangan wang tunai dan barangan keperluan secara digital, melihat rekod transaksi dengan lebih telus, serta memilih rumah kebajikan untuk menerima sumbangan mereka. Semua infaq boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja, dengan hanya beberapa klik. Menurut Putera Amaris, inovasi bukan sekadar mencipta sesuatu yang baharu, tetapi bagaimana memastikan ia memberi impak positif kepada masyarakat seluruhnya.

Dari kiri Mohd Khairi Mohamed Rakan Kongsi Saloma Amaris Dr Raja Laila Rani Mohammad Abdullah Pengerusi The Muslim world womens summit dan Aman Rasyidi Mohd Noor COO SoftRein

Bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada mereka yang memerlukan, pelbagai acara amal telah dirancang sepanjang Ramadan ini. Pada 15 Mac 2025, satu majlis Buka Puasa Amal & Berselawat akan diadakan di Warung Pagi Pagi, di mana hasil penjualan meja akan disalurkan kepada Maahad Tahfiz Misbahul Falah Keramat. Seterusnya, pada 22 dan 23 Mac 2025, majlis Tahfiz Berselawat akan berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur. Sebanyak 30 meja dengan kapasiti 300 tempat duduk akan dijual, dan hasilnya akan disumbangkan kepada Maahad Tahfiz serta Adina Charity Circle bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak.

Di samping itu, program Infaq Surau akan turut dilaksanakan dengan sasaran penyediaan 1,000 sejadah serta 1,000 botol sabun SoftRein kepada surau-surau di kawasan perumahan asnaf. Selain itu, dana juga akan dikumpul melalui hasil penjualan buku “Aku Penjaga Nenek”, di mana sebahagian keuntungan akan digunakan bagi membantu penjaga warga emas di Mesra Home Ampang yang menguruskan lebih 20 penghuni yang tiada waris.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pasukan Kongsi Rezeki bersama sukarelawan akan turun padang menyantuni komuniti asnaf di kawasan PPR sekitar Kuala Lumpur dan Malaysia. Bantuan yang akan diberikan termasuk 1,000 set bakul makanan, 1,000 kampit beras, makanan sedia dimakan, serta keperluan harian lain.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Putera Amaris menegaskan bahawa setiap langkah yang diambil haruslah berlandaskan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial. Dengan pendekatan digital dan semangat membantu, program Kongsi Rezeki bukan sahaja menghulurkan bantuan tetapi juga memudahkan masyarakat untuk berinfaq dengan selamat dan terjamin. TASB juga komited dalam memanfaatkan kepakaran teknologi bagi mempercepatkan transformasi digital organisasi perniagaan dan NGO yang ingin menyumbang kepada masyarakat.

Bagi mereka yang ingin turut serta dalam inisiatif ini, sumbangan boleh dibuat melalui platform TASB atau melalui acara-acara yang dianjurkan. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Mohd Mudasir Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif TASB di talian 019-2221300 atau Jasri Ali, Pengarah Pembangunan Perniagaan TASB di 019-2900642.

Dengan adanya program ini, diharapkan lebih banyak badan korporat dan individu akan bersama-sama menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki. #kongsirezeki .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat