Jika Terus ‘Ketimbang’, Dia Boleh Tumbang : Annuar Musa Sindir Anwar

- Advertisement -

Cyberjaya – Bekas pemimpin kanan Umno yang kini bersama PAS, Tan Sri Annuar Musa, memberi peringatan bahawa kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas ini tidak terjamin.

Menurut Annuar, kelangsungan Anwar sebagai pemimpin negara kini bergantung kepada prestasinya serta sokongan Umno.

“Yes PMX (Anwar) layak jadi perdana menteri ke-11 dengan syarat dia perform. Jika terus ‘ketimbang’ dia boleh tumbang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, menyindir prestasi Anwar.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya Umno menarik balik sokongannya, Ahli Parlimen Tambun itu tidak akan dapat meneruskan tugas sebagai perdana menteri.

“Dan saya juga yakin Umno masih berpeluang menamakan (calon sendiri sebagai) PM ke-11.

“Dalam Umno ramai yang layak. Begitu juga dalam PAS, Bersatu, GPS (Gabungan Parti Sarawak), ramai yang bukan saja layak, malah mungkin lebih baik daripada yang sebelumnya,” tambahnya.

Annuar turut bersetuju dengan pandangan Nazri bahawa Umno kini adalah parti kecil dan tidak lagi memiliki pengaruh besar seperti dahulu. Namun, katanya, situasi itu berpunca daripada keputusan Umno sendiri untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Benar kata chief (Nazri) yang Umno itu kecil dan tiada suara.

“Tapi itu kehendak Umno (dengan) menjadikan PH khasnya DAP sebagai ‘singa’.

“DAP kata pemimpin kanan Umno hanya ‘lalat’. Ramai yang reda begitu, mereka kuat membela singa-singa,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat