Tiga Sungai Di Kelantan Di Paras Bahaya, Enam PPS Dibuka

- Advertisement -

KOTA BHARU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi InfoBencanaJKM melaporkan setakat pukul 6 petang ini, enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua jajahan tersebut bagi menempatkan 131 mangsa banjir.

Ini berikutan kawasan rendah di dua jajahan negeri ini iaitu Tanah Merah dan Kuala Krai mula ditenggelami banjir ekoran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan di kebanyakan lokasi sejak dua hari lalu.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiga sungai utama di Kelantan sudah melepasi paras bahaya.

Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai kini mencecah 38.1 meter berbanding paras bahaya 35 meter manakala Sungai Lanas di Jeli dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah masing-masing 29.75 meter dan 25.57 meter.

Empat lagi sungai utama iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Nal di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Temangan serta Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras amaran dan menunjukkan kecenderungan meningkat pada sebelah petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya melanda Kelantan bermula semalam dan dijangka berterusan sehingga esok. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat